Menu
PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG
Januari 2026 - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah kepada para pelajar yang baharu memulakan sesi persekolahan, khususnya murid yang memasuki Sekolah Rendah Arab (JAIM) Merlimau Pasir (SRAMP), Merlimau, Melaka.
Majlis yang berlangsung di Dataran Perhimpunan SRAMP ini meraikan hampir 900 orang murid, melibatkan murid Prasekolah, Tahun 1 serta pelajar Tahun 2 hingga Tahun 6, dengan hampir 300 orang murid Tahun 1 dan 20 orang murid Prasekolah diraikan secara khusus pada hari pertama persekolahan ini. PPSPM berbesar hati menceriakan suasana dengan kehadiran Maskot Puteri Hang Lipo yang menjadi penyeri majlis serta mencuit hati para pelajar, sekali gus membantu mengurangkan rasa gementar mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SRAMP, Tuan Hj. Syaari bin Rahudin, barisan guru serta seluruh warga sekolah SRAMP atas sambutan mesra dan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program ini. Semoga permulaan yang bermakna ini menjadi kenangan indah dan menyuntik semangat kepada para pelajar untuk melangkah ke alam persekolahan dengan penuh keyakinan.